Privasi
Kirabaki dikendalikan oleh Soskod Solution.
Shah Alam, Selangor
Kirabaki menyimpan mesej, dokumen, dan rekod kewangan bisnes awak untuk menghasilkan ringkasan. Data satu bisnes tidak ditunjukkan kepada bisnes lain.
Awak boleh melihat rekod, eksport CSV, padam dokumen, atau padam akaun dari tetapan.
Mesej WhatsApp sampai kepada kami melalui WhatsApp Business Platform milik Meta. Untuk menukar mesej, gambar resit dan nota suara menjadi rekod, Kirabaki menghantar kandungan itu kepada OpenAI, pembekal model AI kami. AI hanya digunakan untuk membaca apa yang awak hantar dan menjawab soalan tentang rekod awak sendiri.
Kirabaki tidak melatih model AI bersama menggunakan mesej atau rekod awak. Pembelajaran hanya untuk bisnes awak sendiri.
Jika awak tinggalkan nombor atau e-mel untuk menyertai pilot, kami guna untuk menghubungi awak tentang Kirabaki. Kami hanya hantar berita dan promosi jika awak menandakan kotak persetujuan itu sendiri, dan awak boleh berhenti atau minta kami padam data awak bila-bila masa.
Jika awak hubungi kami melalui borang sokongan, kami simpan e-mel, nombor telefon dan mesej awak supaya boleh membalas dan menyambung perbualan melalui e-mel. Hubungi kami.
Kami guna Vercel Web Analytics untuk kira lawatan halaman. Ia tidak guna kuki dan tidak simpan nama, nombor telefon, atau rekod kewangan awak.
Laporan yang dijana ialah rekod bisnes. Ia bukan pengesahan automatik daripada LHDN, bank, atau agensi lain.