Apa itu Kirabaki, siapa yang kendalikan, cara rekod, dan apa jadi pada data awak.
Tentang Kirabaki
Apa itu Kirabaki?
Kirabaki (kirabaki.my) ialah alat simpan kira untuk peniaga kecil dan perniagaan mikro di Malaysia. Awak rekod jualan dan belanja melalui WhatsApp, sama ada taip satu ayat, snap gambar resit atau hantar nota suara. Kirabaki simpan setiap satu sebagai rekod, dan awak nampak untung hari ni dalam app Kirabaki.
Siapa yang buat Kirabaki?
Kirabaki dikendalikan oleh Soskod Solution, yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor. Untuk sebarang soalan, e-mel admin@kirabaki.my atau hantar mesej melalui halaman Hubungi kami.
Untuk peniaga kecil di Malaysia yang dah biasa guna WhatsApp: warung, gerai makan, bakeri rumah, katering, peniaga online, kedai runcit dan freelancer. Awak tak perlu faham simpan kira. Kalau awak boleh hantar WhatsApp, awak boleh guna Kirabaki.
Kirabaki ni software akaun ke?
Bukan. Kirabaki simpan rekod harian bisnes: jualan, belanja dan untung. Ia bukan kiraan cukai, bukan bank, dan bukan sistem e-Invois. Tiada debit, kredit atau borang.
Boleh tanya Kirabaki apa-apa soalan?
Tak. Kirabaki hanya untuk rekod duit bisnes awak sendiri dan soalan tentang rekod itu, contohnya “untung minggu ni?”. Ia tak berbual tentang topik lain, dan tak hantar promosi atau mesej pukal di WhatsApp. AI hanya digunakan untuk baca resit, nota suara dan mesej awak supaya jadi rekod.
Cara guna
Macam mana nak rekod jualan dan belanja?
Hantar je dekat WhatsApp, macam awak beritahu pekerja. Taip satu ayat seperti “jual nasi lemak RM120” atau “belanja ayam RM45”. Snap dan hantar gambar resit, PDF invois atau tangkapan skrin bank in. Atau hantar nota suara, contohnya “deposit kenduri Pak Mat 150”. Kirabaki baca jumlahnya dan simpan sebagai rekod, bersama mesej, gambar atau suara asal.
Apa maksud tanda ✅ pada mesej saya?
✅ pada mesej awak maksudnya rekod dah masuk. Tiada mesej lain, supaya chat awak tak penuh. Butiran setiap rekod ada dalam app dan sampai sebagai notifikasi. Rekod pertama dapat satu balasan dengan pautan ke app, dan lepas tu Kirabaki balas dengan ✅ sahaja.
Kalau tak pasti, Kirabaki tanya dulu dengan butang, contohnya “RM60.00: duit masuk atau keluar?”. Tekan Masuk atau Keluar, dan mesej awak dapat ✅. Kalau rekod dah tersilap, buka rekod tu dalam app dan betulkan. Mesej asal sentiasa ada untuk semak.
Bila saya dapat ringkasan untung?
Untung hari ni dikemas kini setiap kali awak hantar rekod. Pukul 9 malam, atau masa yang awak pilih dalam Tetapan, ringkasan hari ni sampai ke telefon. Awak juga boleh tanya dalam WhatsApp, contohnya “untung minggu ni?”, dan Kirabaki jawab ikut rekod awak sahaja.
Boleh guna English?
Boleh. BM, English atau campur. Tulis macam awak bercakap dengan pekerja.
Kena pasang app ke?
Tak. Rekod dihantar dalam WhatsApp macam biasa. App Kirabaki dibuka dalam pelayar di kirabaki.my, dan boleh ditambah ke skrin utama telefon macam app.
Kena tukar nombor WhatsApp ke?
Tak. Guna WhatsApp dan nombor yang sama. Awak cuma hantar mesej ke nombor Kirabaki.
Harga
Berapa harga Kirabaki?
Percuma masa pilot. Tak perlu kad dan tiada auto-caj. Harga akan diumumkan semasa pelancaran, dan kami beritahu dulu sebelum ada apa-apa bayaran.
Data dan keselamatan
Adakah data saya selamat?
Rekod setiap bisnes diasingkan, jadi bisnes lain tak boleh nampak rekod awak. Mesej, gambar resit dan nota suara dibaca oleh model AI daripada OpenAI untuk dijadikan rekod, dan tidak digunakan untuk melatih model AI bersama. Awak boleh eksport rekod ke Excel atau PDF, atau padam akaun, bila-bila masa.
Tidak. Kirabaki tak sambung ke akaun bank dan tak uruskan bayaran. Rekod hanya datang daripada apa yang awak hantar sendiri di WhatsApp. Kalau pelanggan bank in, hantar tangkapan skrin atau taip, contohnya “Ali bank in 60”.
Mula guna
Macam mana nak mula guna Kirabaki?
Hantar “Hai” ke Kirabaki di WhatsApp, nombor +60 11-1162 3560. Pilot masih tertutup, jadi nombor awak masuk senarai dulu, dan Kirabaki mesej awak dalam chat yang sama bila tempat dah sedia. Lepas tu jawab dua soalan, iaitu nama bisnes dan jenis bisnes, dan terus hantar rekod pertama.